Kau yang bernama sahabat
aku sungguh bersyukur mendapat sahabat
yang selalu bersamaku sesah dan senang
kau menegurku apa yang silap
kau memberi songkongan apabila ku jatuh
Kau yang bernama sahabat
aku sungguh bertuah memiliki sahabat sepertimu
walaupun perkenalan kita singkat
namun itu bukan suatu halangan
Kau yang bernama sahabat
kau selalu bersenyum tawa denganku
kau selalu buat ku tergelak
tetapi aku tahu bahawa sebernanya kau berduka
mungkin duka dengan sikapku seperti keanak - anakan
Kau yang bernama sahabat
aku tahu betapa susahnya kau ingin menjadi sahabatku
kadang- kadang aku menguriskan hatimu tanpa ku sedari
tetapi dengan mudahnya kau memaafkanku
kadang - kadang aku mengutuk mu
tetapi kau masih tersenyum manis
Kau yang bernama sahabat
ku titipkan ucapan ini khas buat dirimu
dirimu yang jauh namun dekat di hatiku
kau selalu membuat aku gembira tatkala duka
kau selalu buat aku ketawa tatkala aku menangis
kau bagi senyuman manis mu padahal
dirimu sedang kesusahan kesedihan
Kau yang bernama sahabat
walaupun kau tidak meluahkan perasaanmu
namun aku mengerti kesedihanmu
aku mengerti kesepianmu
kerana aku juga pernah melaluinya sama
namun ingatlah kau bukan bersendirian
kau mempunyai teman disisimu
malah Allah selalu bersamamu
Kau yang bernama sahabat
terlalu jauh perasaanmu hingga susah untuk aku mengerti apa masalah
yang selalu kau resahkan
terlalu dalam hatimu untuk aku mengapai ingin mengetahui
isi hatimu yang selalu murung dan sedih
Kau yang bernama sahabat
di sini aku menyusun sepuluh jari
kerana diriku selalu membuat mu kesedihan kegusaran
kerana diriku selalu membuatmu menahan perasaan yang gelora
kerana diriku selalu membuat kau terpinggir
maafkanku sahabat...
maafkanku.... jika dipilih mana sahabat yang paling aku sayang
aku akan kata dengan bangganya
aku akan memilih sahabat seperti kau
tiada yang dapat menggantikan tempatkau
Aku tidak dapat memberi ucapan ini kepada kau sahabat
kerana kau sudah tiada di sisiku lagi
kau sudah pergi bertemu dengan Allah
setelah sekian lama kau derita menanggung penyakitmu
namun aku tidak akan melupakanmu sahabat...
salam terakhir ku titipkan buatmu..semoga kau aman di sana
amiiinnnn.....
kau bernama sahabat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment