wanita adalah insan teristimewa yang dicipta oleh Allah S.W.T
malah wanita juga mulia di sisi Allah
Wanita selalu di pandang tinggi oleh akhlaknya yang elok budi pekertinya yang mulia....
Seperti Siti Fatimah r.a
Siti Khadijah , Aisyah Humairah ,Aminah ,Rabiahtul Adawiyah
semua ini adalah srikandi2 islam...
Namun sekarang wanita sudah dipandang serong
Mudah memberikan dara kepada kaum Adam
menunjukkan auratnya yang terbuka tanpa malu dan segan silu
bertutur lembut dengan lelaki seperti menggoda
bersentuhan dengan lelaki
Akhlak budi perkertinya di pandang hina
Inikah Wanita Islam yang istimewa.....
renung2kanlah dan hayatilah lirik ini dari wanita de-hearty
Kau di gelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan sahaja dirindui yang biasa
malah adam turut sunyi tanpa hawa
akalmu senipis bilahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
dirimu jua bak kaca yang rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat dibahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk dikasihi
kaulah wanita hiasan duniawi
mana mungkin
lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk
didiklah wanita dengan keimanan
bukanya harta ataupun pujian
kelak ia derita berharap pada yang binasa
engkaulah wanita istimewa
sedarilah insan istimewa
bahwa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari Tuhan
bahkan sebagai hiasan kecantikan
0 comments:
Post a Comment